
Saya mengagumi Rosyam Nor. Semangatnya hingga menjadi pelakon dan produser/ahli perniagaan berjaya, sepatutnya melayakkan beliau menjadi ikon atau motivator kepada ramai pak pacak dan mak tenggek dalam industri hiburan Malaysia. Bermula betul-betul dari bawah dan mempelajari selok-belok pengeluaran hasil seni dan perniagaan, Rosyam tidak pernah khayal dengan kejayaan. Tidak pernah terpalit dengan gosip nakal atau sengaja mencipta kontroversi.
Keharmonian
rumahtangganya terjaga walaupun kita hanya mendengar dari jauh. Tiada
cerita tentang keluarganya di media. Malah tidak pernah kenal wajah
isterinya Runika Mohd Yusof. Yang kita tahu namanya bersama Rosyam
muncul selaku penerbit dalam produksi Suhan Movies (syarikat yang
asalnya milik Panshah(Berjaya Film), tempat Rosyam bertatih belajar).
Kelmarin,
saya terjumpa imej Rosyam dan Runika dalam blog www.budiey.com. (Terima
kasih Budiey Isma). Saya tunjukkan pada isteri dan seorang anak. Mereka
tenung lama tapi sekadar kata "ooo" dan "cantik".
Sedangkan
saya terimbau sesuatu. Terbaca atau terdengar cerita Rosyam. Katanya
dia meminati kumpulan Search. Terpesona dengan lirik lagu Rozana yang ketika itu baru dihasilkan. Kerana buah hatinya , ditukarnya judul serta liriknya menjadi Runika. Dia menulis semula dan menyerahkan kepada Runika, seperti kekasih lain menyerahkan sajak untuk pasangannya.
Rupanya Runika adalah cinta tunggal Rosyam. Semoga berbahagialah pasangan ini hingga ke alam yang abadi. Amin.
Kalaulah
Rosyam menulis skrip tentang percintaan dan perkahwinannya, tentu laku
filem atau telemovie itu. Kisah cinta mereka pun patut
dicontohi.........
Sementara itu saya membayangkan Rosyam melagukan sendiri lagu hati meminjam seketika persembahan Amy dan rakan-rakannya....
Runika
Gadis idamanku
Hanya engkau yang satu
Hadir lah dalam mimpi mimpiku
Biar seribu biar ramai menganggu
Pada ku engkau lah Ratu
Sejak mula bertemu
Kau buat siangku sedingin salju
Dan malam jadi hangat
Sehangat cintamu...
Kasihku
Runika
Kau Gadis idamanku
Dua hati menjadi satu
Bila kita bertemu oh Rozana
Runika
Gadis idamanku
Bila kan sampainya waktu
Kasih kita bertemu dalam cinta
Runika