23/01/13

‘Ustad Fotocopy’ Mempermainkan Nama Allah?


 
Ini, lagi-lagi cerita tentang mengolok-olok Islam pada tayangan televisyen. Kali ini sinetron di SCTV berjudul ‘Ustad Fotocopy’ yang mendapat bidasan penonton.

Aksi Haji Jamal yang dilakonkan oleh Ramdhani Qubil AJ [terkenal dengan watak Ma’dit Musyawarah, orang terlanjur kaya yang low profile  di dalam siri Islam KTP yang sedang bersiaran di TV Al Hijrah, Malaysia - ed] di sinetron ini dinilai lebay, sangat tak layak, sehingga dimarahi penonton.

Dalam sinetron produksi Screenplay Production itu, Haji Jamal dinilai telah melecehkan Islam, keranaa mempermainkan ucapan istighfar dan kerap membawa-bawa nama (Asma) Allah seraya melakukan tindakan zalim dan perilaku buruk. Sangat tidak sesuai!
 
Meski telah meresahkan masyarakat, di sisi lain, Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) belum mengambil tindakan tegas terhadap tayangan stesen televisyen SCTV itu.

Hingga saat ini, setidaknya KPI telah menerima dua aduan masyarakat berkaitan aksi Haji Jamal itu. Pada  tanggal 19 Desember 2012, seorang warga bernama Syahrul telah melaporkan adanya pelecehan itu di ruang aduan laman rasmi KPI.
“Mohon untuk sinetron ‘Ustad Fotocopy’, agar jangan menggunakan nama-nama Allah untuk mengumpat/marah-marah, kerana nama Allah tidak boleh untuk main-main/digunakan secara sembarangan. Hal itu juga akan mempengaruhi persepsi masyarakat awam yang tidak tahu bagaimana nama-nama Allah tersebut digunakan secara seharusnya,” tulis Syahrul.

Jumaat, 18 Januari 2013, Iqbal, warga Banten juga memprotes keras aksi Haji Jamal di sinetron Ustad Fotocopy.

“Haji Jamal/Qubil AJ sering mengucapkan kalimat ‘Astaghfirullah al-’Azhim ya Allah yaa Kariim’. Ini sangat mengganggu, kerana mengucapkannya sambil berbuat zalim, misalkan sambil menghina orang miskin, sambil memukul orang dan perbuatan buruk lainnya. Dan ini dilakukan hampir setiap hari. Apalagi banyak ditonton anak-anak. Masakan nama Allah disebut ketika sedang berbuat yang tercela. Ini dikhuatiri akan mencampurkan yang hak dan yang batil, sangat tidak baik untuk ditayangkan,” tulis Iqbal.

Tidak hanya diadukan ke KPI, sejumlah warga juga langsung memprotes tayangan itu dengan menulis komentar di laman rasmi SCTV.

Masmu Azizul Rahman, Trunojoyo University, menulis: “Mengapa tiap umpat/marah-marah mesti bawa nama-nama Tuhan…? Dialog yang haji tiga kali itu (Haji Jamal) ‘Ya   Allah ya kariimmmm, ya Tuhan la haula wala quwwata illa billah…bla bla bla bla…’ Dari dialog tersebut seakan-akan nama Tuhan (Asma Allah) dijadikan ‘awalan’ tiap mau mengumpat atau marah-marah.”

KPI sebagai “polisi”-nya lembaga penyiaran harus segera bertindak dengan pengaduan ini dan semestinya lebih tegas lagi dalam membendung pelecehan dan penistaan terhadap sebuah keyakinan (Islam) yang terus-terusan jadi bahan olok-olokan dan permainan.

Sampai bila negara yang majoritinya Muslim ini tayangan-tayangan televisyennya tidak habis-habisnya mengolok-olok, mempermainkan dan melecehkan keyakinan majoriti pemeluknya sendiri?  

Sumber: salam-online
 
Belum pun kita menonton sinetron Ustad Fotocopy, lihat di sini, ini pula yang diterima dari rakan fb negara tetangga itu. Diizin disebarkan juga, untuk amal dan dakwah, katanya. 

Entah bagaimana muncul watak Haji Jamal ini - sesuatu yang menarik untuk dinantikan tayangannya di sini kelak..... Dalam sinopsis awal tiada pula disebut watak ini, melainkan setelah dilihat di dalam arkib Wikipedia....

Apa yang dibangkitkan oleh penonton itu memang ada benarnya. Malah di dalam siri Islam KTP yang belum sampai separuh pun disiarkan di Malaysia, watak yang dibawa oleh Ramdhani Qubil AJ juga seperti itu - 'menggunakan nama-nama Allah untuk mengumpat/marah-marah, menghina orang miskin', 'sambil memukul orang dan perbuatan buruk lainnya'.

Tetapi tiada penonton Malaysia yang mengomen. Mereka hanya menonton bagaimana agama dan nama Allah diperlakukan di negara jiran nan serumpun itu. Menontonnya dengan penuh khusyuk dan hanya sesekali berdecit kecil melihat budaya negara tersebut.

Sebabnya?

Di Malaysia, mana ada spesies ustaz fotokopi......, kan? Tidak ada orang bergelar haji yang menyeranah dengan menyertakan nama Allah, kan? Kita baik,kan?

Hehehehe.

Ustaz Fotocopy

 
Pemuda itu bernama Shafie. Setelah beberapa tahun menghilang dari kampung halamannya, Shafie muncul kembali dan mendadak dipanggil ustaz. Bukan tanpa alasan, kehadiran Shafie dianggap fenomenal lantaran doa yang diucapkannya begitu mustajab. Namun tidak ada yang mengetahui kalau Shafie sebenarnya adalah buruan polis.


Shafie yang mempunyai nama asli Mat Angin secara tiba-tiba fasih berbicara tentang agama. Rupanya pria itu nyasar masuk sekolah pondok sehingga di sanalah dia belajar ilmu agama. Di kampung, Shafie tinggal bersama ibundanya yang bernama Juleha. Berkat doa mustajabnya itu Shafie banyak didatangi orang untuk meminta pertolongan dan nasihat.


Pucuk dicinta ulam tiba, Shafie memanfaatkan kepercayaan orang-orang kampung dengan menyimpan wang hasil khidmat untuk satu tujuan. Jika suatu saat Shafie benar-benar telah bertaubat, dia sudah mempunyai bekal untuk mencari Tuhan.


Kehadiran Shafie ternyata di satu sisi dianggap sebagai saingan oleh seorang ustaz yang bernama Ustaz Makmur. Kerana itulah Ustaz Makmur yang kesal mencuba mempengaruhi warga kampung untuk tidak mengakui Shafie sebagai ustaz. Tidak berlengah, Ustaz Makmur menggelar Shafie sebagai Ustaz Fotocopy.


Di bahagian lain, Shafie panik ketika polis yang tengah mencari dirinya menyebar foto Mat Angin ketika masih berserabut, berkumis tebal, serta berjambang. Tentu saja Shafie gelisah kerana selama ini dia sangat’alah’ mendengar perkataan ‘polis’. Shafie pun mulai mencari lokasi tempat dia menanam peti berisi emas hasil curian dulu.


Suatu hari seorang kaya bernama Prabu Subroto meminta doa Shafie. Ternyata Prabu Subroto juga sedang mencari peti berisi jongkong emas miliknya yang dulu dicuri kumpulan pencuri profesional. Shafie terkejut apabila mengetahui bahawa kliennya itu tidak lain adalah pemilik peti berisi emas. Prabu Subroto adalah seorang pemakan rasuah yang bebas dari dihukum kerana tidak terbukti menggelapkan wang negara.


Keterkejutan Shafie tidak berhenti sampai di situ. Pria itu kaget setelah menyedari bahawa di atas tanah tempat dia dulu menanam peti itu kini sudah berdiri sebuah sekolah pondok. Berkat kecerdikannya, Shafie masuk ke sekolah pondok dengan menyamar sebagai ustaz yang berasal dari sekolah pondok di Jawa Timur. Shafie berpura-pura hendak bersilahturahim. Tentu saja Kyai Basofi, pemilik sekolah pondok, menerima dengan senang hati. Di sekolah pondok Shafie terpana ketika melihat seorang penuntut serta anak Kyai Basofi sendiri. yang begitu cantik bernama Zulaikha.  


Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah usaha  yang akan dilakukan Shafie untuk menemukan peti berisi jongkong emas yang berada di sekitar sekolah pondok? Lantas mampukah Shafie menaklukkan hati Zulaikha atas izin Kyai Basofi?


Menarik, bukan?

 

Saya memetik sinopsis cerita itu dari laman rasmi penerbitnya, SCTV, Jakarta.  Ia disiarkan setiap malam selama dua jam mulai pukul 8.30 [waktu Jakarta…]. Shafie itu sengaja saya tukar dari ejaan asalnya Safi'i.

Memang saya sendiri tidak mengetahui cerita sepenuhnya. Mungkin penerbitnya tidak mahu memberikan sinopsis lengkap. Takut agaknya dengan penulis skrip negara jiran mereka…. Mana tahu, dengan alasan semuanya secara kebetulan, dibantu pula stesen tv yang mengejar rating, serta sebahagian penonton yang tidak kisah walaupun tahu cerita itu pernah muncul di negara seberang, untuk sekian kalinya kita malu lagi kerana meniru secara terang……. Ini bukan tidak beralas, ya. Novel dan filem garapan Habiburrahman el Syirazy [penulis novel seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih] boleh dijadikan bukti…..Lihat entri Maafkan Saya:.... dan Maafkan Aku: Sebuah Terjemahan Tercantik.....

Orang kita, kalau bab meniru……

Hehehehe.

18/01/13

Uji: Namamu Terukir Di Hatiku Dan ..... Di Bintang Juga!

       
Tertulis takdir untuk Fuziah Haroun Al Rashid [Uji Rashid], penyanyi dari era 70-an. Dia tidak  berpeluang mengalunkan lagu Terukir Di Bintang di pentas Anugerah Juara Lagu meski menjadi pilihan pencipta dan penyanyi asalnya, Yunalis Zarai [Yuna].

Alasannya pelbagai.Anda cari dan bacalah di dalam pelbagai media.

Cuma penonton paling ulu seperti saya masih tidak faham.

Nama anugerah ini adalah Juara Lagu. Lagu-lagu yang dipertandingkan adalah lagu rakaman yang telah diterbitkan sepanjang tahun lalu.Ertinya bukanlah seperti acara pertandingan mencipta lagu dalam pelbagai tema yang hanya diperdengarkan buat pertama kali pada malam kemuncak. Bukan acara mencipta lagu kanak-kanak atau pertandingan mencipta lagu Hari Wilayah atau mencipta lagu patriotik atau mencipta lagu buah-buahan tempatan.....

Juri sudah boleh memilih atau memberi markah lama sebelum malam kemuncak itu. Cuma juri perlu hadir memilih artis dengan persembahan terbaik [ ini pun khabarnya dipilih sepenuhnya oleh penonton yang ikhlas 'menderma'....] atau vokal terbaik.

Maka, kalau suara Uji yang telah hampir 4 dekad berkumandang di udara tidak sesuai untuk pilihan juri, dia akan tewas hanya di bahagian vokal terbaik. Kalau peminat sebaya saya tidak rajin menghantar sms, Uji tidak akan pula memenangi kategori persembahan terbaik. Biarlah.

Namun, lagu ciptaan anak Malaysia yang sedang bertapak di negara Pakcik Sam itu tetap berpeluang menang di dalam bahagian perdana -  antara tiga lagu terbaik!. Takkanlah lagu yang telah berkumandang selama setahun, hanya mendapat markah pada malam itu sahaja - kalau demikian anugerahnya harus berbunyi 'Gubahan Lagu Terbaik'......

Demikianlah.

Maka, peluang yang diberi oleh Yuna itu memungkinkan peminat - bukan penjerit! - melihat Uji memperagakan bakatnya di pentas yang dikatakan berprestij itu? Ataukah, akan jatuh rating tontonan jika seorang artis veteran dibiarkan muncul membuat persembahan?

Rumah telah lama siap.

Hadapilah ujian ini, Kak Uji.

Apapun alasan yang telah atau bakal menyusul, namamu tetap terukir di hati kami. Malah engkau telah lama menjadi bintang!


8/01/13

AJL 27: Kenapa Kamelia Yang Dipuja?


 

Selesai AJL 27.

Hilanglah pekikan penonton yang seragam bagi setiap persembahan peserta.
Acara yang dikatakan berprestij itu masih seperti ulang tayang edisi lalu. Yang berubah tentunya hanyalah lagu. Juruacara masih yang sama. Masih lagi boleh melihat lengan pengacara wanitanya seperti tahun-tahun lalu. Doa saya agar dia mengenakan sekurang-kurangnya pra-tudung seperti Dato’ Siti masih terpaksa diteruskan…….

Siapa pun juaranya tidak penting. Hak juri telah dimuktamadkan.  Bersorak-sorailah penonton. Kalau lagu lain yang menjadi juaranya pun, sorakan akan tetap pada decibel yang sama. Mereka telah dibudayakan atau diprogramkan begitu……

Saya cuma tersentak dalam persembahan sementara menunggu diberikan keputusan. Empat gitaris , antara terbaik, bersama empat penyanyi dalam segmen  ‘Rock Never Dies’. Bernyanyi sakan penonton mengikut persembahan di pentas.

Betul, rock tidak pernah mati. Kalau mahukan sambutan hebat dari penonton, tampilkan penyanyi dan lagu rock. Pasti meledak. Beberapa acara lain sebelum ini pernah menampilkan  corak begitu. Anugerah Bintang Popular adalah antaranya. Anak muda yang belum lahir era rock kapak pun akan teruja……

Kenapa saya tersentak pada malam AJL 27 itu?

Selama ini berulang dilafazkan skrip: anugerah tersebut bertujuan memartabatkan lagu Malaysia ke persada dunia. Banyak lagu boleh dimuatkan dalam acara selingan itu, termasuk lagu-lagu rock yang pernah mendominasi AJL pada tahun 90-an dahulu.
Akan tetapi, pada lagu apakah penonton paling gamat  menyanyi? Kamelia , yang dipersembahkan oleh Papa Rock -  Ramli Sarip - penyanyi asal kumpulan Sweet Charity dari Singapura.


Kurangkah lagu rock ‘berhantu’ dari Malaysia?

Untuk yang ‘baru’, lagu Camellia ada empat buah yang dirakamkan – Camellia I hingga IV. Menurut penciptanya ada dua lagi yang tidak dirakamkan. Camellia nyanyian Sweet Charity adalah yang kedua. Kalau dihayati, sebuah cerita terbentuk dari keempat-empat lagu tersebut. Cerita lara……

Camellia I

Dia Camellia
puisi dan pelitamu
kau sejuk seperti titik embun membasahi daun jambu
di pinggir kali yang bening

sayap-saayapmu kecil lincah berkeping
seperti burung camar
terbang mencari tiang sampah
tempat berpijak kaki dengan pasti
mengarungi nasibmu
mengikuti arus air berlari

dia Camelia
engkaukah gadis itu
yang selalu hadir dalam mimpi-mimpi di setiap tidurku
datang untuk hati yang kering dan sepi
agar bersemi lagi
hmm ... bersemi lagi

kini datang mengisi hidup
ulurkan mesra tanganmu
bergetaran rasa jiwaku
menerima harum namamu

 Camellia oh Camellia
 Camellia oh Camellia
 Camellia oh Camellia

Camellia II

 


(seperti yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip bersama Sweet Charity dengan sedikit pertukaran ejaan Kamelia)


Camellia III

Di sini dibatu ini
 Akan kutuliskan lagi
 Namaku dan namamu
 Maafkan bila waktu itu
 Dengan tuliskan nama kita
Kuanggap engkau berlebihan

 Sekarang setelah kau pergi
 Kurasakan makna tulisanmu
 Meski samar tapi jelas tegas
 Engkau hendak tinggalkan kenangan
Dan kenangan

 Di sini kau petikkan kembang
 Kemudian engkau selitkan
 Pada tali gitarku
 Maafkan bila waktu itu
 Kucabut dan kubuang
Kau pungut lagi dan kau bersihkan

 Engkau berlari sambil menangis
 Kau dakap erat kembang itu
 Sekarang baru aku mengerti
 Ternyata kembangmu kembang terakhir
Yang terakhir

 Oh Camellia, katakanlah ini satu mimpiku
 Oh oh oh oh oh
 Camellia, maafkanlah segala silap dan salahku

 Di sini dikamar ini
 Yang ada hanya gambarmu
 Kusimpan dekat dengan tidurku
 Dan mimpiku

Camellia IV

Senja hitam di tengah ladang
Dihujung permatang engkau berdiri
 Putih di antara ribuan kembang
 Langit di atas rambutmu
Merah tembaga
Engkau memandangku
Bergetar bibirmu memanggilku
 Basah di pipimu air mata
Kerinduan, kedamaian oh

 Batu hitam di atas tanah merah
 Di sini akan kutumpahkan rindu
Kugenggam lalu kutaburkan kembang
 Berlutut dan berdoa
Syurgalah di tanganmu, Tuhanlah disisimu
Kematian adalah tidur panjang
Maka mimpi indahlah engkau
Camellia, Camellia oh

Pagi
engkau berangkat hati mulai membatu
malam
kupetik gitar dan terdengar
Senandung ombak dilautan
Menambah rindu dan gelisah
Adakah angin gunung, adakah angin padang
Mendengar keluhanku, mendengar jeritanku
Dan membebaskan nasibku
Dari belenggu sepi ....



Demikianlah.


Semua lagu dan lirik dihasilkan oleh Ebiet G Ade. Nama aslinya Abid Ghoffar Aboe Dja'far Penyanyi dan penggubah tersohor dari Indonesia. Sekali lagi: Indonesia!
Maka, janganlah sesiapa – terutama artis – mengamuk pula, jika Julia Perez [Jupe], misalnya, bertweet bahawa Malaysia kekurangan lagu untuk dipersembahkan dalam acara khas mengangkat darjat negara……..

Saya meminati karya Ebiet. Maka, maafkan kami, Mas Abid! Kami terpesona pada buah tanganmu, hingga tersilap memberi tempatnya.........

Maaf!